Shell Malaysia Hapuskan Caj 50sen Bagi Tambah Nilai Touch ‘N Go

Advertisements

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah menghapuskan caj 50 sen bagi setiap tambah nilai Touch ‘N Go di semua 27 stesen minyak sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (NSE), berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengarah Urusan Shell Malaysia dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain dengan harapan sedikit sebanyak mengurangkan beban sara hidup yang dihadapi rakyat Malaysia.

“Kami berharap penghapusan caj tambah nilai ini dapat mengurangkan kebimbangan pemandu ketika berhenti di stesen minyak Shell terutamanya ketika menempuh perjalanan jarak jauh,” jelasnya.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman isi minyak, baru-baru ini Shell turut mengadakan kempen menarik antaranya Menangni 3 BMW X3 dan kutipan 10 kali ganda mata Bonuslink bagi setiap satu liter minyak dan 50 peratus rebat setiap kali menebus ganjaran Bonuslink.

Malah, Shell turut mengadakan kempen ‘Nak Ekstra RM20,000’ yang berjalan sehingga 9 Februari ini.

Kempen ini menyaksikan orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan RM20,000 dan sagu hati bernilai RM1,000.

Kempen ini turut bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam memenuhi impian diri sendiri dan orang tersayang.

Untuk maklumat lebih lanjut layari Shell Malaysia.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.