Sekitar bulan April tahun lalu, Kawasaki Heavy Industries (KHI) telah meningkatkan pegangan dalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) sebanyak 30 peratus dan mampu meningkat ke 48 peratus.
Kini selepas sembilan bulan, Modenas mendedahkan bakal memperkenalkan beberapa model Kawasaki untuk pasaran negara, tahun ini.
Pendedahan itu dibuat sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan, kepada barisan media yang hadir ketika sesi ‘Media Ride Pulsar NS200 ABS’ ke Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.
Malah, Roslan turut memberi jaminan bahawa setiap model terbabit menghadirkan kualiti yang tinggi susulan mengikut spesifikasi teknikal KHI.
Meskipun pengumuman terbabit tidak terlalu terperinci namun Roslan memaklumkan jentera yang dicanang melibatkan Ninja dan Versys.
Bagaimanapun, senario ini mencetuskan satu lagi tanda tanya, apakah fungsi Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) selepas ini?