Gadis ‘Superman’ Ditahan Pihak Polis

Gadis ‘Superman’ yang menjadi viral baru-baru ini gara-gara melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal kini telah ditahan pihak polis.

Video berdurasi 1 minit 6 saat itu memaparkan seorang remaja berusia 17 tahun melakukan aksi ‘Superman’ ketika sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Dia ditahan selepas menyerah diri – sambil ditemani bapa saudara – di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Maran, 3 Januari lalu.

Saksikan rakaman video tersebut dibawah:

Menurut Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman, pasukan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti identiti remaja terbabit setelah videonya tular di Facebook.

Difahamkan, gadis tersebut mengakui melakukan aksi berbahaya itu dengan menunggang motosikal milik bapa saudaranya di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) pada 1 Januari lalu.

Pihak polis turut mendedahkan bahawa ketika kejadian berlaku, gadis itu tidak memiliki lesen dan saman juga dikenakan atas kesalahan terbabit.

(SUMBER: Sinar Harian)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.