Dari RM2,688 Sebulan Untuk Miliki BWM X1 sDrive20i M Sport Dan BMW 320i Sport

 

BMW Malaysia membuka tirai 2020 dengan pelancaran dua model baharu, BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport dengan kedua-duanya di pasang di Malaysia.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menyifatkan dua model ini sebagai peneraju kereta yang dipasang dalam negara.

“Kami mengalu-alukan tahun 2020 dengan jilid baharu dalam Karya Pemanduan Mengujakan yang kami tawarkan, kali ini dengan BMW X1 sDrive20i M Sport dan BMW 320i Sport terbaharu; kedua-duanya dipasang di peringkat tempatan, serta tergolong dalam segmen portfolio kami di Malaysia yang paling laris.

“Varian BMW 3 Series ini mengetengahkan jiwa keterujaan moden dalam segmen sport, sementara jentera Sports Activity Vehicle (SAV) tersebut pula mempersembahkan nuansa kelasakan yang diperbaharui dalam rangkaian BMW X.

“Pada tahun 2019, lebih 2,500 unit model BMW 3 Series berjaya diserahkan. Kejayaan ini terus memperkasakan kedudukan kami sebagai peneraju segmen sedan sport premium di Malaysia, memangkin usaha kami untuk menambah lebih banyak kenderaan BMW yang dipasang di dalam negara melalui fasiliti kami yang terletak di Kulim,” jelasnya.

Menariknya, model X turut merekodkan penjualan positif.

“Model BMW X telah mencatat rekod penyerahan tertinggi di peringkat domestik pada tahun lalu, melakar lebih daripada 43% kenderaan dalam portfolio BMW yang diserahkan pada tahun 2019,” tambahnya.

BMW X1 sDrive20i M Sport

Berikut ciri menarik yang terdapat pada BMW X1 sDrive20i M Sport:

  • enjin 2.0L dengan tranmisi 7 kelajuan Steptronic Sport Dwi-Klac
  • kelajuan maksima 224km/j
  • 192hp pada 5,000 hingga 6000 rpm
  • 280 Nm pada 1,350 hingga 4,600 rpm
  • 0-100km/j bawah 7.6 saat.

Ruang dalam BMW X1 sDrive20i M Sport menampilkan ciri serba baharu dengan kemasan warna aluminium dan krom pearl.

Orang ramai boleh memilih empat warna pilihan, Misano Blue, Black Sapphire, Alpine White dan Mineral Grey.

BMW X1 sDrive20i M Sport boleh didapati di pusat pameran rasmi BMW bermula 13 Januari ini dengan harga RM233,800.

BMW 320i Sport

Varian baharu ini merupakan model yang paling dinantikan keluarga BMW 3 Series bagi tahun 2020.

Didatangkan dengan enjin 2.0L TwinPower Turbo yang menghasilkan 184hp pada 5,000 hingga 6,500rpm, segala kuasa ini disalurkan menerusi transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan.

Model ini turu mampu merekodkan kelajuan maksima 235km/j dan mencatat 0-100km/j bawah 7.1 saat.

Buat julung kalinya, model ini turut dilengkapi dengan sistem Reversing Assistant.

BMW 320i Sport didatangkan dengan lima warna pilihan – Mediterranean Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange.

Orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat model baharu ini bermula 10 Januari 2020 dengan harga RM243,800.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua model ini, BMW Group Financial Services menawarkan Balloon Financing yang membolehkan orang ramai memiliki kereta idaman menerusi pelan ansuran bulanan bermula RM2,688 (BMW X1 sDrive20i M Sport) dan RM2,788 (BMW 320i Sport) – berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply