Perodua Bezza 2020 Dilancarkan – Harga Dari RM34,580

Perodua Bezza 2020 akhirnya dilancarkan di Malaysia dengan lebih 5,600 unit dijangka akan diserahkan kepada pelanggan, bulan ini.

Menggunakan maklum balas pelanggan sebagai asas naik taraf, Bezza 2020 didatangkan dengan empat varian:

  • 1.0 G MT – RM34,580
  • 1.0 G AT – RM36,580
  • 1.3 X AT – RM43,980
  • 1.3 V AV – RM49,980   

Tempahan boleh dibuat disemua 186 pusat jualan seluruh negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menyifatkan Perodua Bezza sebagai kenderaan cita rasa ramai.

“Perodua Bezza merupakan sedan pertama kami dan juga sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia, dengan upper-body yang direka sepenuhnya oleh kami.

“Ia terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan jualan 184,000 unit sejak pelancarannya pada Julai 2016.

“Perodua Bezza menawarkan kecekapan bahan api, kualiti, praktikaliti, kos pemilikan rendah dan ruang dalaman yang luas di samping boleh dipercayai dan mudah dipandu – semua dalam satu pakej yang kompak dan menarik – menjadikannya kenderaan yang menepati citarasa dan diminati ramai,” jelasnya.

Rujuk spesifikasi dibawah:

Antara ciri baharu yang terdapat pada model 2020:

  • gril hadapan
  • bampar
  • lampu depan LED
  • rim aloi 15 inci (X dan AV)
  • warna baharu – Garnet Red (varian 1.3L) dan Garnet Grey

Varian AV turut didatangkan dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamata (ASA) 2.0 yang terdiri daripada:

  • Pengesan Pejalan Kaki
  • Amaran Pra-Pelanggaran
  • Brek Pra-Pelanggaran
  • Amaran Pergerakan Hadapan
  • Kawalan Kesilapan Pedal

Perodua Bezza 2020 didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000km (mana yang sampai dahulu).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.