Honda RS150R 2020 Dilancarkan – Harga Dari RM8,199!

 

Boon Siew Honda membuka kalendar 2020 dengan memperkenalkan Honda RS150R 2020 baharu.

Rekaan Honda RS150R kini dipertingkat dengan rekaan lebih sporty ditambah dengan sentuhan premium.

Selaras dengan konsep ini, fender belakang telah direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih tirus sekaligus mempertingkatkan visual keseluruhan.

Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R ini turut mendapat kemas kini moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel speedometer LCD yang turut melengkapkan rupa luaran yang sporty.

Instrumen tersebut menawarkan informasi rev digital dan paparan speedometer di bahagian tengah. Ciri ini menyampaikan lagi perwatakan RS150R yang lebih fokus penunggang.

Honda RS150R turut didatangkan dengan rekaan grafik terbaru lantas mengangkat rekaan sporty ke taraf yang lebih tinggi. RS150R serba baharu kini menawarkan warna Trico Honda termasuk warna pilihan sedia ada – Hitam, Biru dan Edisi Repsol.

Honda RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC yang menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm.

Kuasa itu disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dan klac manual.

Berikut senarai harga bagi Honda RS150R 2020 mengikut varian:

  • Trico, Hitam dan Biru – RM8,199
  • Repsol – RM8,499

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Honda RS150R, pelanggan boleh berkunjung ke pengedar Honda terdekat atau hubungi TALIAN BEBAS TOL di 1800-88-3993 atau layari https://www.boonsiewhonda.com.my/

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply