Kereta Hangus Terbakar Gara-Gara ‘Power Bank’

Seorang pelajar universiti berdepan nasib malang apabila kereta Perodua Kancil miliknya terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bersatu, Arau, semalam.

Difahamkan, kebakaran tersebut berpunca daripada ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta.

Menurut laporan Harian Metro, pelajar tersebut – yang enggan didedahkan namanya – melihat kepulan asap keluar dari keretanya dan ketika menghampiri ternampak ‘power bank’ terbabit sedang terbakar.

Bagaimanapun, percubaan untuk memadamkan kebakaran tersebut gagal lantas memaksa sahabatnya untuk memanggil bomba.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan (PBK), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau, Rosnani Abu Seman memaklumkan punca kejadian masih disiasat.

(SUMBER: Harian Metro)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply