Jentera yang diperkenalkan di EICMA 2019, Aprilia RS660 akan dibawa masuk ke pasaran negara, hujung tahun ini.
Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pemasaran Piaggio Asia Pasifik, Nicola Capello, ketika memperkenalkan Aprilia RSV4 X bersama Max Biaggi di Le Noir, Kuala Lumpur, malam tadi.
Berita tersebut bukan satu kejutan tatkala Capello turut mendedahkan Malaysia merupakan antara pasaran utama bagi jenama itu di Asia.
Aprilia RS660 merupakan superbike segmen pertengahan namun turut disuntik dengan pelbagai teknologi terkini setanding dengan abangnya, RSV4 1100 Factory.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]