Modenas Powerstore Dapat Sentuhan Pakar!

Bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pemilik jentera Modenas Pulsar NS200, RS200, Dominar D400 dan V15, Modenas Powerstore kini berjaya mendapatkan khidmat pakar.

Modenas Powerstore yang sebelum ini menggunakan perkhidmatan mekanik berpengalaman kini turut berjaya mendapat sentuhan seorang ‘master’mekanik.

Memiliki pengalaman lebih 10 tahun bersama Modenas, Mohd Faisal Abdul Rahman, juga merupakan satu-satunya master mekanik di Malaysia yang mendapat suntikan ilmu daripada Bajaj.

Pengetahuan dan skil dimiliki Faisal penting dalam memastikan setiap jentera yang dibawa ke Modenas Powerstore akan menjalani pemeriksaan rapi sebelum diservis atau dibaiki.

Bagaimanapun, perkara yang harus dititik beratkan adalah setiap pemeriksaan dan penyelenggaran dilakukan akan mengikut skala yang betul bagi memastikan waranti setiap jentera tidak terusik.

Sebagai pemilik motosikal Modenas/Bajaj, anda perlu faham pentingnya untuk menyerahkan jentera ke mekanik pakar yang mendapat pengiktirafan daripada pihak Bajaj daripada bengkel atau individu yang tiada kelayakan atau tidak bertauliah.

Ini bagi memastikan jentera anda diservis dengan betul dan paling penting memastikan waranti tidak terganggu.

Bukan itu sahaja, Modenas Powerstore kini turut berkeupayaan untuk membuat ujian diagnostik terhadap ECU jentera.

Pemilik jentera Modenas Pulsar, Dominar dan V15 juga boleh mendapat info mengenai kepentingan ECU dan perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan prestasi jentera kekal optimum.

Bagi yang berminat untuk menghantar jentera masing-masing ke Modenas Powerstore untuk servis, penyelenggaraan dan baik pulih boleh hadir ke Modenas Powerstore yang terletak di Sunsuria Avenue, Kota Damansara.

Anda juga boleh menghubungi/WhatsApp +60128003470 untuk maklumat lanjut.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply