Pengurus Projek Suzuki, Shinichi Sahara, menyifatkan musim 2019 sebagai satu kegagalan bagi pasukannya meskipun Alex Rins berjaya merekodkan dua kemenangan.
Kemenangan di Litar Austin dan Silverstone merupakan kejayaan sulung Suzuki di MotoGP sejak 2016.
Meskipun Rins berjaya menempatkan diri dikalangan pelumba tonggak, Sahara mendedahkan dia mengharapkan keputusan yang lebih baik dilakar pelumba utamanya itu.
Bagi musim 2020, Sahara mahu Rins merekodkan keputusan kelayakan yang lebih baik dengan pelumba Sepanyol itu hanya empat kali berjaya meletakkan diri di barisan depan – Assen, Sachsenring, Brno dan Silverstone.
“Tahun 2019 merupakan musim baik kami dengan dua kemenangan dilakar Alex Rins tetapi saya mengharapkan lebih baik podium.
“Kami perlu bekerja dengan lebih keras. Kami tidak perlu mengubah banyak perkara kerana jentera kami sudah cukup bagus tetapi kami perlu meningkatkan prestai keseluruhan.
“Saya suka dengan perwatakan Alex, dia sentiasa bersedia untuk bertarung dan sentiasa merekodkan keputusan yang baik ketika hari perlumbaan meskipun perkara sama tidak dapat dikatakan tentang sesi kelayakan.
“Kerana inilah kami menggelarnya ‘Sunday Boy’ tetapi secara peribadi, saya mengharapkan dia merekodkan sesi kelayakan yang lebih baik,” jelas Sahara.
Suzuki akan terus mempertaruhkan Rins dan Sylvain Guintoli bagi musim 2020.