EScooter Dan EMoped, Taruhan Baharu Segway-Ninebot

Sebelum ini, orang ramai mengenali Segway sebagai pengeluar ‘hoverboard’ elektrik yang memudahkan orang ramai untuk bergerak.

Bagaimanapun, sejak Segway dibeli oleh Ninebot, syarikat itu telah pun menghasilkan pelbagai kemudahan bergerak antaranya sebuah unicycle, go-kart, e-skate, kickscooter dan dirt bike elektrik.

Kini, Segway turut memasuki segmen motosikal elektrik dengan memperkenalkan eMoped dan eScooter.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ninebot, Luke Gao, kedua-dua model ini menawarkan aspek ‘true intelligence’.

“Tiga tahun lalu, Segway-Ninebot membuat keputusan untuk mengolah kembali industri dengan pelbagai ciptaan baharu.

“Hari ini kami memperkenalkan motosikal elektrik ini dengan suntikan ‘true intelligence’ dengan objektif utama adalah menyediakan pelanggan dengan teknologi dan fungsi terkini yang bakal menjadilkan tunggangan lebih selesa dan mudah,” jelasnya.

Ninebot eScooter

 

Segway-Ninebot eScooter didatangkan dengan dua bateri dan mampu pergi sejauh 201km dengan kelajuan maksima sekitar 100km/j.

Antara ciri lain:

  • ruang letak helmet
  • disc brek depan dan belakang
  • tayar semi-slick tubeless Maxxis
  • lampu depan LED dengan light sensing

Sementara itu, Segway-Ninebot eMoped dengan berat hanya 55 kilogram dan panjang 1.6 meter mampu merekodkan kelajuan maksima 25.7/j dan sesuai untuk tunggangan jarak dekat.

Ninebot eMoped

Antara ciri lain eMoped:

  • paparan digital
  • fungsi dua butang
  • disk brek depan
  • drum brek belakang

Menariknya, kedua-dua model menawarkan ciri keyless, fast charging dan sistem GPS.

Dalam perkembangan sama, Segway-Ninebot turut mendedahkan perancangan mereka untuk menghasilkan Ninebot Apex sebuah motosikal konsep e-moto yang sedang dalam pembikinan.

Menurut syarikat itu, Apex mampu merekodkan kelajuan maksima 201km/j!

(SUMBER: Electrek)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]