Sepang 8 Hours: Tindakan Meglio Memang Bodoh – Van Der Mark

SUMBER: FIMEWC

Selepas berakhirnya aksi Sepang 8 Hours pada Sabtu, pelumba pilihan, Michael van der Mark yang mewakili pasukan Yamaha SIC mengalami kemalangan di awal perlumbaan.

Aksi yang sepatutnya bermula pada jam 1 petang terpaksa ditunda lebih lima jam susulan hujan lebat yang melanda Litar Antarbangsa Sepang (SIC).

Bagaimanapun, sebaik perlumbaan dimulakan, pelumba pertama Yamah SIC, van der Mark, mengalami insiden ‘highside’ susulan dilanggar Meglio dari bahagian dalam ketika memasuki selekoh terakhir.


Kejadian tersebut membuatkan kedua-dua pelumba terjatuh namun nasib van der Mark lebih malang apabila tercampak kedepan dari jenteranya sebelum seluruh tubuhnya menghentam litar.

Pelumba Yamaha SIC itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap lawannya itu.

“Saya tidak pasti apa yang Meglio cuba lakukan ketika selekoh terakhir tetapi jelas percaturannya tidak menjadi sehingga saya menjadi mangsa ‘highside.

“Tindakan Meglio memang bodoh,” jelasnya.

Pasukan Yamaha SIC menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh selepas pelumba kedua, Franco Morbidelli berjaya memperbaiki kedudukan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply