Ducati Streetfighter V2 Sedang Dalam Pembikinan?

Streetfighter V4

Selepas Ducati mencuri perhatian dunia dengan memperkenalkan Streetfighter V4, pengeluar motosikal Itali itu dikhabarkan bakal menghasilkan versi V2.

Panigale V4S

Menurut laporan MCN, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, membuat pendedahahan menarik mengenai perancangan untuk menghasilkan Ducati Streetfighter V2.

“Kami kini memiliki Panigale V2 yang menghasilkan 155hp dan menawarkan pengalaman menunggang sebuah sportbike yang tidak terlalu ekstrem.

“Jadi kami mahu menghasilkan sebuah motosikal naked dalam kategori sama,” Domenicali memberitahu MCN.

Panigale V2

Meskipun CEO Ducati itu tidak menyebut tentang menghasilkan sebuah Streetfighter V2 namun berdasarkan Streetfighter V4 yang lahir daripada Panigale V4R, kemungkinan senario sama akan berlaku terhadap Panigale V2.

Streetfighter V4

Ducati Streetfighter V2 dijangka menggunakan enjin 955cc V-Twin yang terdapat pada Panigale V2 di samping fork depan Showa boleh laras, penyerap hentakan Sachs dan kaliper brek Brembo Monoblock berkembar dan Cornering ABS.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]