WTCR 2019: Norbert Michelisz Dominasi Perlumbaan 1

Norbert Michelisz kini selangkah untuk meraih kejuaraan FIA World Touring Car Cup (WTCR) 2019 untuk memenangi Perlumbaan 1 di Litar Antarbangsa Sepang (SIC), hari ini.

Pelumba BRC Hyundai N Squadra Corse itu memastikan cuaca hujan tidak menyekat hasratnya untuk memburu kejuaraan musim ini dan berjaay menamatkan perlumbaan di hadapan Aurelien Panis dari pasukan Comtoyou DHL Team CUPRA Racing.

Sementara itu, pesaing terdekat Michelisz, Esteban Guerrieri, terpaksa berpuas hati dengna kedudukan keempat selepas memulakan perlumbaan di petak kesembilan.

Pada masa sama, wakil pelumba CYAN Racing Lynk & Co, Yvan Muller, menampilkan pemanduan mantap untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam selepas memulakan aksi di petak ke-16.

Terdahulu, cuaca hujan lebat melanda SIC turut memaksa Perlumbaan 1 bermula dengan pemantauan Safety Car.

Tempat ketiga jadi milik rakan pasukan Michelisz, Gabriele Tarquni yang merupakan juara edisi 2018.

Aksi WTCR akan bersambung dalam Perlumbaan 2, jam 6.15 petang, hari ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply