WTCR 2019: Guerrieri Gigit Jari, Kejuaraan Musim 2019 Jadi Milik Michelisz

SUMBER: FIAWTCR

Johan Kristoffersson mempamerkan pemanduan cemerlang untuk memenangi Perlumbaan 3, World Touring Car Cup (WTCR) 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.

Kristoffersson muncul pemenang meskipun memulakan perlumbaan di kedudukan ke-22!

Menariknya, perebutan kejuaraan di antara Norbert Michelisz dan Esteban Guerrieri akhirnya menemui penamat dengan Michelisz muncul selaku juara WTCR 2019.

SUMBER: FIAWTCR

Meskipun Esteban Guerrieri kembali menghidupkan peluang selepas menjuarai Perlumbaan 2 namun kegagalan menamatkan aksi di Perlumbaan 3 menyaksikan kejuaraan jadi milik Michelisz.

Pelumba INKL.COM Münnich Motorsport Honda itu bersaing sengit dengan Michelisz sebaik perlumbaan dengan kedua-duanya mengekori rapat di peringkat awal perlumbaa.

Bagaimanapun, harapan untuk merampas kejuaraan dari Michelisz tidak kesampaian apabila terpaksa bersara awal dari perlumbaan selepas terlibat dalam pelanggaran dengan Kristoffersson.

Selesa dengan ketiadaan Guerrieri di litar, Michelisz menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Sementara itu, tempat kedua jadi milik Mikel Azcona daripada PWR Racing dan Kevin Ceccon daripada pasukan Alfa Romeo Giulietta Veloce TCR, ketiga.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply