Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang memaparkan dua individu menghina seorang anggota polis ketika melakukan pemeriksaan kenderaan.
Video berdurasi 2 minit 23 saat itu yang direkod isteri pemandu terbabit dengan jelas menunjukkan kedua-duanya menghina dan tidak menghormati pegawai terbabit.
Saksikan rakaman video dibawah:
Dua individu terbabit, lelaki berusia 33 tahun dan isterinya yang sarat mengandung lapan bulan telah pun ditahan Jumaat lalu untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.
Dia bersama isterinya didakwa atas kesalahan mengganggu Sub Inspektor Zulkifli Md Asid dengan enggan mematuhi arahan untuk mengikutnya ke balai polis.
Menurut laporan The Star, lelaki berusia 33 tahun tersebut bakal berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, isteri berusia 29 tahun turut berdepan dakwaan sama atas kesalahan menghina dan menuduh pegawai polis berkenaan cuba meminta duit.
(SUMBER: The Star)