Perodua kembali ke wad kanak-kanak Hospital Selayang bagi menyerahkan kelengkapan baharu serta beberapa barangan lain kepada pesakit dan staf menerusi inisiatif projek kemasyarakatan (CSR).
Bukan itu sahaja, Perodua turut menaik taraf ruang permainan kanak-kanak hasil bantuan sukarela Perodua yang telah membersih, mengecat dan menggantikan kertas dinding baharu di samping turut memasang Smart TV dan lantai baharu.
Antara sumbangan kelengkapan termasuk pulse oximeter dan tiga skrin mudah alih termasuk beberapa sampul berisi duit kepada 100 pesakit kanak-kanak.
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad turut hadir bagi memeriahkan program CSR terbabit.
“Sebagai syarikat yang mengambil berat, kami sentiasa mencari cara terbaik untuk membuat sumbangan kepada orang ramai.
“Usaha kami tidak akan terhenti disini sebaliknya kami telah merancang pelbagai aktiviti untuk tahun akan datang termasuk tayangan filem, permainan puzzle dan origami. Kami juga merancang untuk mengadakan program derma buku untuk meningkatkan jumlah bahan bacaan di perpustakaan kanak-kanak.
“Ini merupakan cara tak seberapa kami untuk mengucapkan terima kasih kepada staf pediatrik Hospital Selayang atas dedikasi mereka dalam menjaga pesakit kanak-kanak disini. Kami harap dengan cara ini dapat mengukir senyuman mereka,” jelasnya.
Perodua telah pun berkunjung ke Hospital Selayang Februari lalu dan menyerahkan tiga pulse oximeter termasuk enam skrin mudah alih.