Ducati Streetfighter V4 Dipilih Sebagai Jentera Paling ‘Cun’ Di EICMA 2019!

Meskipun telah didedahkan lebih awal di Ducati World Premier 2020, namun Ducati Streetfighter V4 tetap muncul sebagai jentera paling cun di EICMA 2019.

Media Itali, Motociclismo telah menjalankan sesi pengundian kali ke-15 bagi mengenal pasti jentera mana yang paling cantik di EICMA.

Keputusan pengundian membuktikan rata-rata pengunjung dan orang ramai menjadikan Streetfighter V4 jentera pilihan.

Motociclismo kemudiannya menjadikan pentas MotoLive di EICMA untuk menganugerahkan Ducati – yang diwakili pengarah rekaan Andrea Ferraresi dan pereka Streetfighter V4, Jeremy Faraud – anugerah jentera paling cantik di EICMA 2019.

Jentera baharu itu mencatat 36.7 peratus pengundian diikuti Aprilia RS660 kedua dengan 14.9 peratus.

Tempat ketiga jadi milik MV Augusta Superveloce 800 dengan 11.23 peratus manakala Honda CBR1000RR-R SP menduduki tempat keempat dengan 9.43 peratus dan Moto Guzzi V85TT Travel kelima dengan 4.76 peratus.

Sumber: Motociclismo