14 Pelanggan Bertuah Shell Rimula Dibawa Ke Barcelona!

SRUS, Barcelona, 2019

Shell Malaysia telah membawa 14 pelanggan bertuah Shell Rimula ke Shell Ultimate Stopover 2019 di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini.

Pelanggan bertuah tersebut menyertai 180 lain dari 18 buah negara dalam kunjungan lima hari empat malam tersebut yang ditanggung sepenuhnya oleh Shell.

SRUS, Barcelona, 2019

Kunjungan tersebut memberi peluang kepada para peserta menyelami dunia Shell Rimula sambil meninjau pemandangan, seni dan kebudayaan terdapat di Sepanyol.

Pada masa sama, mereka turut didedahkan dengan proses penghasilan rangkaian kuasa dan teknologi baharu.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, menyifatkan kunjungan tersebut membolehkan Shell mempamerkan kemampuan mereka dalam menghasilkan enjin diesel dalam senario yang santai dan menyeronokkan.

SRUS, Barcelona, 2019

“Begitu banyak perkara yang berlaku di belakang tabir di makmal Shell kami yang selalunya tidak dapat disaksikan oleh para pelanggan kami. Shell Rimula Ultimate Stopover tahunan ini menyediakan persekitaran yang terbaik bagi para pelanggan kami untuk mendapat akses secara langsung kepada panel pakar dan saintis di Shell.

SRUS, Barcelona, 2019

“Para pelanggan kami diberi peluang untuk berehat daripada kesibukan rutin harian mereka supaya benar-benar dapat mengalami dunia Shell Rimula menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang dengan rapi, seperti memandu, menikmati sajian, menerokai sains dan mewujudkan perangkaian,” jelasnya.

Edisi 2020 bakal menyaksikan calon bertuah akan dibawa ke Tokyo, Jepun.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply