EICMA 2019: BMW Perkenalkan ‘The Twin’, BMW F 900 R Dan F 900 XR

Khabar angin mengenai penghasilan model dengan enjin bersesaran 900cc telah pun bertiup kencang sebelum ini namun tiada siapa menyangka BMW akan memperkenalkan dua jentera dengan enjin tersebut di EICMA 2019.

Bagi yang mengikuti perkembangan BMW di EICMA, pengeluar motosikal Jerman itu telah pun melancarkan S 1000 XR yang telah dikemaskini bagi pasaran 2020.

Bagaimanapun, BMW Motorrad turut memperkenalkan versi 900cc.

Kedua-dua model ini merupakan langkah BMW untuk memeriahkan segmen pertengahan.

Meskipun didatangkan dengan cermin depan boleh laras dan ‘fairing’ namun F 900 XR bukanlah bercirikan motosikal adventure seperti F 850 GS, sebaliknya menawarkan ciri sebagai motosikal sport touring.

Sementara itu, F 900 R merupakan evolusi daripada F 800 R yang menawarkan rekaan motosikal jenis naked.

Kedua-duanya mengguna pakai enjin inline-twin 893cc yang menghasilkan 105hp dan didatangkan dengan beberapa teknologi terkini antaranya:

  • Mod tunggangan Pro
  • Penyerap hentakan elektronik boleh laras
  • ABS Pro
  • Adaptive cornering light

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.