Ada pelbagai perkara yang boleh mencemarkan nama negara dan salah satunya kes kecurian yang menimpa pasukan Moto2 Angel Nieto di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Menurut laporan Lalasport, antara peralatan yang telah dicuri melibatkan kaliper brek, set fork depan dan penyerap hentakan belakang serta komputer riba.
Bagaimanapun, menurut pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi, komponen bagi jentera Moto2 tidak diusik.
Menyedari musibah yang menimpa Angel Nieto, pasukan Sky VR46 telah menghulurkan bantuan dengan meminjamkan beberapa komponen yang telah hilang.
Ketika ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak SIC.
Angel Nieto merupakan destinasi 2020 bagi pelumba negara, Hafizh Syahrin, tahun depan.