Aprilia Malaysia Lancar Tuono V4 1100 Factory – 185kg, 175hp!

Aprilia Tuono V4 1100 Factory akhirnya didedahkan kepada orang ramai yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Bagi yang mengikuti perkembangan Aprilia, Tuono sememangnya dikenali sebagai ikon bagi segmen ‘supernaked’ sebelum lahirnya beberapa jentera lain yang cuba untuk berselisih bahu dengan motosikal ikonik ini.

Tuono merupakan jentera yang paling tepat untuk menyajikan prestasi sebuah jentera V4 dengan tork tinggi.

Membuat kemunculan dengan enjin yang diambil daripada RSV4 1100 Factory, Tuono V4 1100 Factory menjana 175hp pada 11,000rpm dan 121 Nm pada 9,000rpm!

Pengalaman tunggangan turut dipertingkat dengan Aprilia Performance Riding Control (APRC) yang meliputi:

  • Aprilia Traction Control (ATC)
  • Aprilia Wheelie Control (AWC)
  • Aprilia Launch Control (ALC)
  • Aprilia Quickshift (AQS)
  • Aprilia Pit Limiter (APL)
  • Aprilia Cruise Control (ACC)
  • Cornering ABS

Menurut Aprilia, Tuono V4 1100 Factory merupakan versi yang eksklusif jadi tidak hairanlah segala teknologi yang sistem telah dipinjamkan daripada jentera superbike Aprilia RSV4 RF.

Menariknya, sistem penyerap hentakan terhasil melalui kerjasama di antara Aprilia dan Ohlins bagi memastikan pengalaman tunggangan berada di tahap tertinggi yang boleh diakses menerusi sistem SMART EC 2.0 yang terdapat pada paparan TFT 4.3 inci.

 

Aprilia Tuono V4 1100 Factory boleh didapati dalam dua warna, Sachsenring red dan Magny-Cours grey dan ditawarkan pada harga RM119,000.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan jentera ini dengan lebih dekat boleh menghadiri tapak Aprilia di SIC.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply