Triumph Malaysia Lancar ‘Racun’ Baharu, Street Triple RS 2020!

 

Fast Bikes selaku pengedar rasmi Triumph Motorcycle Malaysia melancarkan Triumph Street Triple RS 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, sempena Shell Malaysia MotoGP 2019, hari ini.

Model yang julung kalinya dilancarkan pada 2007 itu kini menawarkan prestasi dan kuasa yang lebih tinggi dan agresif.

Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd dan Triumph Motorcycles Malaysia, Dato Razak Al-Malique menyifatkan Street Triple RS 2020 sebagai streetbike berprestasi tinggi terbaik terutamanya dengan penggunaan enjin 765cc yang diinspirasikan daripada enjin Triumph di Moto2.

Menariknya, Triumph Street Triple RS 2020 ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga yang sama – RM67,900!

“Meskipun terdapat pelbagai penambahbaikan dan naik taraf namun kami teruja kerana dapat menawarkan jentera baharu ini tanpa sebarang kenaikan harga bermula Januari 2020 ini,” jelas Dato Razak.

Ciri terbaru pada Triumph Street Triple RS:

  • Enjin 765cc patuh piawaian Euro 5
  • 122hp pada 11,750rpm dan 79Nm pada 9,350rpm
  • gearbox serba baharu dengan klac slip & assist
  • lampu depan LED dengan Daytime Running Lights (DRL)
  • paparan TFT dengan MyTriumph Connectivity
  • Triumph Shift Assist
  • Lima mod tunggangan

Orang ramai yang berminat untuk melihat Triumph Street Triple RS 2020 dengan lebih dekat boleh singgah di booth Triumph di SIC atau kunjungi Triumph Malaysia!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply