BMW S1000 RR Mendarat Di Malaysia – RM138,500!

Setelah sekian lama menanti, akhirnya BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW S1000 RR di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Selain daripada S1000 RR menjadi tumpuan utama, BMW Motorrad Malaysia turut melancarkan R1250 R dan R1250 RS.

Menurut Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley, BMW S1000 RR merupakan ikon tepat dalam membawa imej motosikal BMW Motorrad.

“Kelajuan, ketangkasan dan prestasi membentuk asas setiap motosikal BMW Motorrad.

“Dalam segmen Roadster, barisan motosikal kami dirumus dengan daya tahan yang tinggi; sama seperti motosikal Superbike kami dalam segmen Sport yang memfokuskan kelajuan serta kelincahan, sepertimana ia telah menjurus kepada kemenangan pelumba-pelumba BMW sejak lebih dari sedasawarsa yang lalu, termasuk kemenangan yang dilakar di Alpe Adria International Motorcycle Championship pada September tahun ini.

“Tiga model baharu yang kami persembahkan pada hari ini pastinya akan terus memberi nafas kepada legasi ini sementara ia merekodkan pencapaiannya yang tersendiri,” jelasnya.

BMW S1000 RR didatangkan dengan enjin 999cc empat in-line terkini yang menghasilkan 207hp pada 13,500rpm dan 113Nm pada 11,000rpm.

Bagi memastikan jentera ini kekal ringan, model ini turut dilengkapi dengan bateri ‘M’ yang ringan dan bebas penyelenggaraan.

Seperti jentera BMW lain, S1000 RR turut disuntik teknologi ShiftCam yang memastikan kelancaran penyaluran kuasa ketika berada dalam gear rendah atau tinggi.

BMW S1000 RR 2019 ini juga lebih ringan dengan 193.5 kilogram berbanding model terdahulu – 208kg.

Ciri menarik lain ditawarkan:

  • Dynamic Damping Control (DDC)
  • Empat mod tunggangan
  • Paparan TFT 6.5′
  • ABS Pro
  • DTC Wheelie
  • Launch Control

Menurut BMW, jentera baharu ini boleh didapati disemua pengedar rasmi BMW dalam masa terdekat dengan harga ditawarkan pada RM138,500!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply