Bajaj Chetak Kembali Selepas 10 Tahun Menyepi

Selepas 10 tahun menyepi dalam arena skuter, Bajaj kembali menghidupkan Bajaj Chetak namun skuter popular di India itu kini membuat penampilan dalam versi elektrik.

Sekali imbas, rekaan keseluruhan Chetak tampak sama seperti sebuah Piaggio Vespa ini kerana sebelum ini, Bajaj menerima perlesenan daripada Vespa pada 1970.

Bagaimanapun, bermula 1980 hingga 2000, Bajaj dan Piaggio menamatkan hubungan dua hala tersebut.

Selepas menamatkan pengeluaran Chetak pada 2005, Bajaj Auto kini menghidupkan semula versi elektrik skuter terbabit.

 

Bajaj Chetak kini menghasilkan 5.36hp (4kW) menerusi motor elektrik Bosch.

Model ini turut didatangkan dengan fork depan single sided dan swingarm single sided, paparan digital dan lampu LED.

 

Ketika ini Bajaj tidak mengeluarkan maklumat mengenai kelajuan maksima yang mampu dicatat Chetak namun berdasarkan kuasa yang dijana, dijangka mampu mencapai kelajuan di antara 60 hingga 75km/j.

Sama ada Bajaj akan membawa masuk Chetak ke dalam pasaran Malaysia menerusi Modenas, belum dapat dipastikan lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.