KTM Bakal Perkenalkan Motosikal ADV 250cc?

Sumber: Power Drift @ Facebook

Tatkala pengeluar lain sibuk menghasilkan jentera ADV yang lebih besar, KTM memiliki perancangan tersendiri bagi segmen itu bermula tahun depan.

Menurut laporan Autocar India, KTM ketika ini sedang menguji jentera ADV dengan enjin bersesaran 250cc.

Difahamkan, jentera tersebut bukanlah KTM 390 seperti yang didakwa sebelum ini.

Awal tahun ini, KTM telah pun menguji Duke 390 dan RC 390 sekaligus menandakan pengeluar motosikal Austria itu memandang serius segmen motosikal bersaiz kecil.

Autocar India turut mendakwa antara sebab mengapa mereka beranggapan jentera tersebut adalah 250cc berdasarkan beberapa faktor antaranya penggunaan lampu halogen dan bukannya LED.

Model ADV 250cc ini dijangka hanya akan diperkenalkan bagi pasaran 2021.

(SUMBER: AutoCar India)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.