Yamaha bakal menghangatkan lagi Tokyo Motor Show 2019, 23 Oktober ini apabila bakal memperkenalkan dua skuter elektrik.
Selain daripada orang ramai menantikan tayangan sulung Yamaha R1 2020 dan Tenere 200, Yamaha E01 dan E02 Concpet bakal menjadi percubaan sulung Yamaha dalam menceburi dunia motosikal elektrik.
Difahamkan, E01 akan menjana kuasa setanding skuter 125cc dan Yamaha mendakwa reka bentuk jentera itu akan menjadi asas kepada rekaan skuter akan datang.
Sementara itu, E02 dihasilkan untuk penggunaan dalam kawasan bandar dan memiliki kuasa umpama skuter 50cc di samping turut didatangkan dengan chasis ringan serta bateri mudah alih.
Difahamkan, penghasilkan kedua-dua skuter elektrik ini tercetus menerusi kerjasama dengan Gogoro – yang bertanggungjawab menghasilkan stesen pertukaran bateri.