Shell Rimula Jadi Pilihan Minyak Enjin Rasmi Mpire Auto

Kumpulan Mpire Auto yang kini berkembang pesat, memilih rangkaian minyak enjin diesel Shell Rimula sebagai minyak enjin rasmi bagi servis kenderaan komersilnya.

Mpire merupakan pengedar bagi Foton View C2 dan CS2 serta trak Foton Daimler yang menggunakan enjin Cummins terkini.

Mpire Auto memilih Shell Rimula susulan teknologi sintetik yang terdapat pada Rimula R5 LE amat sesuai digunakan bagi enjin yang digunakan Foton Daimler sementara minyak enjin Rimula R4 X mampu melindungi enjin trak ringan JAC.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mpire Auto, Lau Yit Mun memberi kepercayaan kepada Shell Rimula susulan memiliki reputasi tinggi dalam bidang pelinciran.

“Pelanggan pada masa kini mahukan minyak enjin yang boleh menjanjikan kebolehpercayaan dan prestasi, dan Shell dapat memenuhi keperluan tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, May Tan, menjelaskan bahawa Shell sentiasa memahami kehendak pelanggan.

“Pelincir Shell Rimula, terutamanya rangkaian premium kami, dihasilkan untuk menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin yang unggul, selang masa penukaran minyak yang lebih panjang dan ekonomi bahan api yang lebih baik, pada masa yang sama dapat bertahan dalam keadaan suhu dan muatan yang melampau dalam sekitaran pengendalian yang sukar,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.