Pescao 55 Sah Mulakan Musim 2020 Bersama Angel Nieto Di Moto2

Advertisements

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin, akhirnya mengesahkan khabar angin akan kembali ke Moto2 selepas mengumumkan menyertai pasukan Angel Nieto bagi musim 2020.

Anak kelahiran Selangor itu berhijrah dari Tech3 KTM selepas kontraknya tidak disambung dengan pasukan satelit KTM itu membuat keputusan menggantikan tempatnya dengan Brad Binder, musim depan.

Sebelum ini Hafizh dikaitkan dengan beberapa pasukan antaranya Petronas Sprinta di Moto2 namun pasukan kendalian Dato Razlan Razali itu bertindak melamar Jake Dixon dari Angel Nieto.

Pelumba berusia 25 tahun itu akan digandingkan dengan pelumba Sepanyol, Aron Canet, yang naik ke Moto2 selepas merebut kejuaraan di Moto3 musim ini.

Sementara itu, Hafizh yakin dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik bersama Angel Nieto musim depan.

“Kami mampu lakukan yang terbaik musim depan. Moto2 bukanlah kategori baharu bagi saya tetapi kini dipersembahkan dengan chasisi dan enjin yang lebih berkuasa.

“Saya pernah bersaing dengan majoriti pelumba dalam kelas ini jadi saya yakin akan dapat menduduki kelompok depan. Saya akan berikan yang terbaik untuk menempatkan diri dikalangan kelompok lima terbaik,” jelasnya.

(SUMBER: angelnietoteam.com)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.