Harga bagi minyak petrol RON 95 akan diapungkan sebaik subsidi minyak bersasaran berkuat kuasa 1 Januari depan.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, hanya penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tinggal di Semenanjung Malaysia akan menikmati skim baharu ini.
Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyifatkan skim ini memenuhi janji kerajaan Pakatan Harapan ketika Pilihanraya Umum ke-14 untuk menawarkan subsidi kepada golongan yang memerlukan.
Menerusi skim ini, pemilik kereta akan menerima sejumlah RM120 setiap empat bulan dan RM48 bagi penunggang motosikal.
Pemilik kenderaan akan menerima bayaran tersebut secara terus ke dalam bank akaun masing-masing dengan bayaran pertama dijadualkan bermula April depan.
Bagaimanapun, subsidi ini hanya akan diberikan kepada penerima BSH yang memiliki kereta dengan enjin bawah 1,600cc atau atas 1,600cc namun telah berusia lebih 10 tahun.
Sementara hanya pemilik motosikal bawah 150cc – atau atas 150cc yang berusia lebih tujuh tahun – akan menikmati skim ini.
Sementara itu, penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan akan terus menerima subsidi dengan harga RON95 kekal pada RM2.08.
(SUMBER: The Star)