Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan barisan minyak Petronas Syntium dengan Cooltech serba baharu yang berupaya menangani kepanasan enjin yang melampau sekaligus memastikan prestasi yang optimum.
Pengalaman lebih 20 tahun dalam arena Formula 1 serta 5 kejuaraan dunia menjadikan Petronas antara peneraju dalam menghasilkan minyak enjin terbaik untuk jentera empat roda.
Barisan minyak enjin Petronas Syntium dengan Cooltech merangkumi Petronas Syntium 7000 Ultimate Series yang turut menampilkan minyak enjin khas untuk kenderaan hibrid – Petronas Syntium 7000 Hibrid dengan Cooltech.
Antara kelebihan Petronas Syntium dengan Cooltech:
- Lebih stabil
- Penggunaan minyak lebih efisien
- Prestasi enjin kekal optimum
- Elak daripada kegagalan enjin
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Timbalan Presiden Pemasaran Petronas, Dato Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Mokhtar menyifatkan minyak baharu ini memfokuskan terhadap mengoptimumkan prestasi enjin.
“Menerusi pengalaman kami dalam Formula 1 kami menghasilkan minyak yang terbaik untuk enjin petrol dan hibrid,” jelasnya.
Sementara itu, kejayaan Petronas dalam menghasilkan minyak berkualiti turut mendapat pujian daripada lima kali juara dunia Formula 1, Lewis Hamilotn.
“Petronas Syntium memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan enjin kekal dalam suhu terbaik sekaligus membantu kami merekodkan keputusan yang cemerlang.
“Kerjasama di antara pasukan teknikal selama ini cukup mengagumkan, saya rasa lega kerana mendapat satu pasukan yang terbaik dalam menyediakan minyak untuk enjin kami,” jelasnya.