Aprilia Bakal Perkenalkan GPR250 – 25.9HP, 22Nm

Selepas timbul laporan bahawa Piaggio bakal memperkenalkan Aprilia 150cc di India Auto Expo 2020 kini timbul laporan bahawa pengeluar motosikal Itali itu bakal melancarkan versi 250cc.

Ketika ini, terdapat sebuah model yang dihasilkan Aprilia untuk pasaran China yang dikenali sebagai GPR150 dan pernah dipertontonkan di India sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Bikewale, Aprilia bercadang untuk membawa jentera GPR150 ke pasaran dunia lain dengan kapasiti enjin yang lebih besar – GPR250.

Menariknya, GPR250 memiliki rupa seangkatan dengan GPR150 supersport yang turut menampilkan rekaan yang terdapat pada ‘abang besar’, RSV4 1100 Factory.

Difahamkan, GPR250 mengguna pakai enjin 249.2cc satu silinder dan menghasilkan 25.97hp serta 22Nm namun ketiadaan sistem quickshifter seperti yang terdapat pada model Aprilia RS150.

Antara ciri lain yang terdapat pada Aprilia GRP250

  • USD fork
  • swingarm aluminium
  • monoshock – preload boleh laras
  • kaliper radial
  • tayar depan – 100/80-17
  • tayar belakang – 130/70-17

Aprilia juga difahamkan bakal memperkenalkan Tuono versi 250cc di Auto Expo 2020.

Bagaimanapun, masih tiada maklumat sama ada model ini akan diperkenalkan di Malaysia apatah lagi segmen 250cc ketika ini hanya disajikan dengan Yamaha R25, Kawasaki Ninja 250 dan Honda CBR250.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]