Volvo Car Malaysia Lancar Pusat 3S Baharu Di Mutiara Damansara

Pengeluar kereta premium, Volvo Car Malaysia, melancarkan Pusat 3S di Mutiara Damansara menerusi kerjasama Ingress Swede Automobile Sdn Bhd, sekaligus memperkukuhkan jenama itu di Malaysia.

Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saiffudin  Nasution yang turut disaksikan oleh badan pengurusan Ingress Corporation Berhad dan wakil dari Volvo Car Malaysia.

 

Pelancaran Pusat 3S ini sejajar dengan strategi baharu Volvo Car Malaysia yang tekad memperkembangkan pusat pameran dan servis di seluruh Malaysia dengan tiga lagi pusat dijangka akan dibuka tahun ini.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain, menyifatkan pertambahan pusat pameran dan servis penting dalam memastikan jenama itu terus menyuntik keyakinan dikalangan rakyat Malaysia.

“Dalam segmen premium, penjualan produk bukanlah faktor utama dalam mempengaruhi pelanggan bahkan apa yang penting adalah nilai yang ditawarkan serta perkhidmatan yang mereka boleh nikmati dengan Volvo.

“Kami juga mahu mengetengahkan penggunaan teknologi agar dapat meningkatkan pengalaman pelanggan kami, kami mahu terus membuatkan mereka berasa kagum,” jelasnya.

Pusat 3S Volvo Cars di Mutiara Damansara ini terdiri daripada ruang pameran dan pusat servis yang telah dibina berdasarkan piawaian Volvo Retail Experience (VRE).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply