Lexus Malaysia memperkenalkan Lexus ES 250 dan RX 300 di majlis pelancaran yang berlangsung di The International Gallery, KLGCC, hari ini.
Ini merupakan penampilan kedua ES250 di Malaysia sejak dipertontonkan di Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS) 2018.
Lexus ES 250
Didatangkan dengan enjin 2.5L 4 silinder Dynamic Force, model ini menghasilkan 204 HP pada 6,600 rpm dan 243 Nm pada 4,000 hingga 5,000 rpm.
Segala kuasa itu disalurkan menerusi transmisi 8 kelajuan Direct Shift yang menawarkan pemanduan lancar.
Ciri menarik yang terdapat pada Lexus ES 250 :
- Panel paparan 12.3-inci jenis EMV
- Meter kombinasi digital TFT 7-inci
- Sistem Heads-up Display terbesar dalam kelas kenderaan
- Lexus Safety System+
- Pre-Collision Autonomous System
- Dynamic Radar Cruise Control
- Lane Tracing Assist (LTA)
- Adaptive High Beam System (AHS)
- Road Sign Assist (RSA)
- Parking Support Brake System
- Panoramic View Monitor
Pada masa sama, Lexus mendakwa model generasi ketujuh ini menawarkan ruang dalam yang luas dan bahagian kabin yang lebih terperinci.
Faktor keselamatan turut diberi penekanan menerusi Lexus Safety System+ yang sebelum ini pertama kali diperkenalkan pada NX300 2019.
Lexus Safety System+ merangkumi:
- Lane Tracing Assist (LTA),
- Lane Departure Alert (LDA)
- Pre-Collision System (PCS)
- Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Stop and Go.
Bagaimanapun, varian Luxury didatangkan dengan lampu depan LED bi-beam dengan sistem Adaptive High Beam.
Lexus ES 250 boleh didapati dengan harga:
- ES250 Premium – RM299,888
- ES250 Luxury – RM332,888
Lexus RX300
Lexus RX300 telah didatangkan dengan rekaan serba baharu dan pelbagai ciri terkini terutamanya paparan sentuh dengan kemampuan sambungan ke telefon pintar.
Dibahagian luar, rekaan bumper depan dan dan belakang kini tampak lebih dinamik ditambah dengan panel rocker yang menonjolkan rupa sangat kukuh.
Lexus RX300 turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan antaranya:
- Sistem BladeScan Adaptive Highbeam (AHS)
- Lexus Safety System+ (rujuk Lexus ES250)
Kesemua varian RX300 didatangkan dengan enjin 2L 4-silinder 16-valve dengan twin turbocharger yang mampu menghasilkan 235hp pada 4,800rpm dan 350 Nm pada 4,000rpm.
Enjin ini turut dilengkapi ESTEC dan D-4ST yang membantu dalam mengekalkan tahap efisien termal sekaligus membuatkan pembakaran minyak juga lebih efisien.
Lexus RX300 ditawarkan pada harga:
- RX300 Premium – RM399,888
- RX300 Luxury – RM424,888
- RX300 F Sport – RM439,888