Mahu Elak Bayar Cukai, Enam Buah Lamborghini Huracan Antara Disita JKDM

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis @ Facebook

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas 21 kenderaan mewah pelbagai jenama antaranya Lamborghini Huracan dalam rampasan yang bernilai lebih RM12.2 juta di dua gudang berasingan di Shah Alam.

Menurut laporan Berita Harian, kesemua kenderaan terbabit telah dibawa masuk dari Jepun dalam percubaan untuk mengelak daripada membayar duti import.

Sitaan gudang pertama – yang melibatkan empat buah Toyota Estima, dua Mercedes Benz dan sebuah BMW serta Toyota Alphard – membabitkan cukai sebanyak RM644,000 manakala sitaan di gudang kedua – yang melibatkan enam Lamborghini dan tujuh unit Toyota Vellfire – melibatkan cukai lebih RM7.5 juta.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis @ Facebook

Difahamkan, kesemua pemilik kenderaan terbabit merupakan orang kenamaan di Malaysia.

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM, Datuk Azimah Abd Hamid, semua kenderaan yang disita masih belum didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tempoh dua tahun.

Operasi ini dijalankan bagi membanteras penyalagunaan lesen import yang dikekluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

(SUMBER: Berita Harian)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply