Bagi setiap individu yang menggunakan motosikal sebagai medium pengangkutan harian, menghadapi cuaca panas terik dan hujan lebat di Malaysia adalah satu cabaran, sekaligus menjadikan pemilihan tayar antara faktor penting bagi menjamin keselamatan.
Memahami cabaran ini, Michelin melancarkan Michelin Pilot Street 2, tayar yang direka khas untuk motosikal jenis skuter dan kapcai yang menggunakan tayar berukuran 10,14, 16 dan 17 inci.
Michelin Pilot Street 2 menawarkan keselamatan tertinggi tak kira di atas permukaan jalan yang kering atau basah sekaligus penunggang motosikal boleh menunggang tanpa perlu rasa bimbang.
Dihasilkan di Asia, rekaan alur dan kompaun tayar telah ditetapkan oleh para jurutera di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Michelin bagi memastikan produk ini benar-benar memenuhi jangkaan pelanggan.
Berikut antara teknologi yang diguna pakai:
- Bentuk ‘circumferential groove’ tayar hadapan dan ‘lateral shoulder groove’ di sisi tayar memastikan kestabilan optimum terutamanya di atas permukaan basah.
- ‘Central groove’ di tayar belakang pula berkemampuan untuk melepaskan air dengan lebih efisien di samping menawarkan cengkaman di atas permukaan kering.
Menariknya, Michelin Pilot Street 2 ini merekodkan masa 4.4 saat lebih pantas berbanding jenama lain di atas litar basah berukuran 1.2 kilometer.
Rekaan keseluruhan juga tampak moden – dengan Michelin dakwa diinspirasikan daripada tayar yang digunakan di MotoGP – sekaligus mampu membuatkan rupa keseluruhan jentera tampak lebih menarik.
Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan Michelin Pilot Street 2 bermula hujung September ini namun harga rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.