Antara peralatan yang wajib ada bagi seorang ‘motovlogger’ adalah sebuah ‘action camera’ yang dipasang pada helmet bagi merekodkan perjalanan harian.
Bagaimanapun, kadang kala pasti ada yang berasa leceh kerana perlu membawa kelengkapan yang banyak – action camera, telefon pintar, power bank – hanya untuk menjalankan aktiviti tersebut.
Bayangkan betapa mudahnya kalau telefon pintar yang digunakan dilengkapi ciri ‘action camera’?
Motorola memperkenalkan Motorola One Action, sebuah telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan kemampuan ‘action camera’.
One Action didatangkan dengan tiga lensa kamera – kamera utama 16MP – dengan kemampuan ‘ultra-wide field of view’.
Menariknya, pengguna boleh menggunakan mod ‘ultra-wide’ ketika mod potret atau menegak. Ciri ini memudahkan pengguna untuk merekod video sama ada dengan menggunakan ‘mount’ atau dengan tangan dan Moto Action mampu memainkan semula rakaman tersebut secara melintang.
Meskipun lensa utama (16MP) mampu merekodkan video dalam 4K tetapi lensa kedua (12MP) telah dihadkan kepada Full HD.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan portal gajet, rata-rata kagum dengan rakaman video yang ditayangkan.
One Action didatangkan dengan paparan IPS LCD 6.3 inci (1080 x 2520 piksel / 82.5 peratus nisbah skrin:badan) yang dijana oleh pemprosesan Exynos 9609 octa-core dengan RAM 4GB.
Model ini turut dilengkapi dengan bateri 3,500mAh dan menyokong pengecasan 10W dengan USB Type C.
Ketika ini, masih tiada tarikh rasmi model ini akan dijual di Malaysia, tetapi Motorola Malaysia mempunyai portal atas talian di Lazada dan Shopee.
Kepada kaki ‘motovlogger’ mungkin agak kurang sesuai nak ‘mount’ One Action ke helmet tetapi mungkin boleh dijadikan sebagai ‘action camera’ kedua yang boleh di pasang ke ‘handlebar’ motosikal.
(SUMBER: SoyaCincau)