Nombor Plat VDV 8 Catat Bidaan Tertinggi RM73,000!

 

Nombor plat kenderaan bernombor VDV 8 telah merekodkan bidaan tertinggi dengan RM73,000 sejak nombor siri tersebut dilancarkan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi, nombor siri DVD berjaya merekodkan kutipan RM1.5 juta.

“Sejumlah 1,654 pembida telah terlibat dalam sesi bidaan tersebut,” katanya menurut laporan NST.

Difahamkan nombor plat VDV 26 telah menerima 13 bidaan, diikuti VDV 88, VDV 99 dan VDV 77 dengan 12 bidaan.

Sementara itu, bagi nombor siri VDU yang dilancarkan pada 8 Ogos lalu telah berjaya mencatat kutipan RM1.06 juta dari sejumlah 727 pembida.

Menurut Ismail lagi, siri seterusnya, VDW akan bermula pada 5 September ini dan akan ditutup empat hari kemudian.

Segala bidaan dijalankan secara atas talian menerusi JPJeBid.

(SUMBER: NST)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]