Tempahan Perodua Axia 2019 Dibuka – Harga Dari RM24,090!

Berita baik bagi yang sedang sibuk mencari kereta baharu apabila Perodua kini menerima tempahan bagi Perodua Axia 2019!

Perodua menjanjikan model segmen-A hatchback ini tampil lebih nilai, penuh gaya dan memiliki pelbagai ciri keselamatan canggih.

Datang dengan enam varian – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu, STYLE – Perodua menawarkan harga dari RM24,090 hingga RM43,190.

Axia 2019 didatangkan dengan enjin 1.0L 1KR-VE VVT-i dan tramsisi manual – lima kelajuan bagi varian E – serta automatik – empat kelajuan bagi varian lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menyifatkan Axia sebagai intipati Perodua dalam menyampaikan kereta mampu milik.

“Axia adalah intipati kepada matlamat Perodua, iaitu untuk menawarkan mobiliti yang mampu milik dan mudah buat semua. Lebih 380,000 unit telah menemui pemiliknya sejak pelancaran pertamanya pada September 2014, dan sebenarnya ia menjadi model terlaris kami dari 2015 hingga 2017.

“Dengan Perodua Axia 2019, kami ingin mengubah pengalaman mobiliti di Malaysia dengan menambah nilai, keselamatan dan gaya untuk memastikan Axia kekal menjadi pilihan pertama anda,”jelasnya.

Antara ciri keselamatan paling mencuri tumpuan adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat ASA 2.0 yang sebelum ini diperkenalkan pada model SUV, Perodua Aruz.

Antara ciri yang terdapat pada ASA 2.0 adalah:

  • Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j
  • Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j)
  • Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j)
  • Front Departure Alert
  • Pedal Misoperation Control.

Pada masa sama, semua varian bermula daripada GXtra dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Traction Control.

Sementara itu, Dato Zainal berkata varian baharu, STYLE dijangka akan menarik perhatian rakyat Malaysia.

“Perodua mengambil langkah baharu dengan Axia STYLE, ahli keluarga Axia baharu yang akan menampilkan keseronokan dan keaktifan gaya hidup anda – nantikan!

“Kami mengalu-alukan orang ramai untuk mengunjungi mana-mana cawangan jualan kami di seluruh negara. Penasihat jualan sah kami bersedia untuk melayani dan membantu anda serta menjawab segala pertanyaan anda mengenai Perodua Axia 2019 yang akan muncul di ruang pameran tidak lama lagi,” tambahnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply