Elak Guna Orang Tengah, Berurusan Terus Dengan Kami – PUSPAKOM

Demikian kenyataan dikeluarkan PUSPAKOM sempena program bersama pelanggan bertemakan “PUSPAKOM Sedia Bantu!”.

Program tersebut berjalan di cawangan PUSPAKOM terpilih seluruh negara dari 19 Ogos ini hingga 2 Okotber 2019, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menerusi program ini, PUSPAKOM tekad mendekati pelanggan lantas mengelakkan daripada pelanggan diperdaya oleh orang tengah yang menyampaikan info tidak sahih tentang pemeriksaan kenderaan oleh pihak PUSPAKOM.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail, menyifatkan program ini penting dalam menyalurkan ilmu kepada orang ramai.

“Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelanggan berhubung perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh PUSPAKOM supaya mereka boleh berurusan terus dengan PUSPAKOM dan bukan melalui orang tengah.

“Sering kali, PUSPAKOM menerima maklumbalas di mana pelanggan suka menggunakan orang tengah kerana mereka tidak faham tentang hal pemeriksaan kenderaan. Ini merupakan platform penting bagi PUSPAKOM menyalurkan maklumat yang sebenarnya.

“Kami berharap pelanggan dapat memahami proses dan maklumat pemeriksaan sebenar yang ditawarkan oleh PUSPAKOM sebelum mereka memilih untuk menggunakan khidmat orang tengah.

“Ini kerana ada pelanggan yang menggunakan khidmat orang tengah telah dikenakan caj perkhidmatan yang tinggi malah ditipu dengan janji seperti “pasti lulus” yang telah ditabur kepada mereka. Bayaran pemeriksaan PUSPAKOM adalah hanya di antara RM20 hingga RM90 sahaja bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu pelanggan dalam menjimatkan kos serta menjawab segala persoalan dan kekeliruan di kalangan mereka,” jelasnya.

 

Sepanjang program ini berlangsung PUSPAKOM turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya:

  • Pendaftaran MyPUSPAKOM dengan pengesahan serta-merta (sila bawa bersama borang pendaftaran perniagaan SSM dan surat wakil).
  • Khidmat nasihat bagi memahami proses dan standard pemeriksaan dan syarat-syarat lulus sesebuah kenderaan.
  • Memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, semak saman kenderaan oleh perkhidmatan bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Pameran kenderaan komersial, penjagaan kenderaan dan keselamatan Buku Panduan Pemeriksaan percuma
  • Permainan Wheel of Fortune dan Mix & Match dengan hadiah menarik

Untuk maklumat lanjut, hubungi PUSPAKOM di talian 1-800-88-8927 atau layari www.puspakom.com.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.