Malaysia Mampu Jadi Negara Pengeluar ‘Supercar’ – PM

Sumber: Farm8 @ Flickr

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan Malaysia mampu menjadi negara pengeluar kereta ‘supercar’.

Tun Dr Mahathir, yang sedang dalam lawatan rasmi ke Turki memaklumkan bahawa pengeluar kereta ‘supercar’ negara itu, Onuk telah menyuarakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia bagi menghasilkan kereta eksotik itu.

Menurut laporan NST, Dr Mahathir sememangnya menyedari kemampuan Turki dalam penghasilkan kereta unik itu.

“Saya tahu mengenai kemampuan mereka tetapi tiada tindakan susulan daripada Malaysia kerana saya bukan lagi perdana menteri ketika itu.

“Kini mereka sudah bersedia untuk bekerjasama,” katanya.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul yang turut mempamerkan dua model supercar, Onuk Sazan dan Onuk S56/G.

(SUMBER: NST)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply