Ducati Multistrada V4 Dirakam Jalani Sesi Ujian Di Itali

Ketika Ducati memperkenalkan Panigale V4, pengeluar motosikal Itali itu telah pun menyatakan niat untuk melihat enjin yang buas itu ditafsirkan ke dalam model yang lain.

Awal tahun ini, sebuah jentera Ducati Streetfighter didapati menjalani sesi ujian di atas jalan raya, tidak lama kemudian, jentera prototaip tersebut menyertai perlumbaan di Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC).

Selepas itu, timbul dakwaan bahawa enjin V4 akan diterapkan ke Multistrada.

Hari ini, sebuah video mula tular yang membuktikan dakwaan itu kini menjadi realiti.

Meskipun sekadar berdurasi kurang 5 saat tetapi berikan tumpuan kepada bunyi yang dihasilkan jentera tersebut.

Hakikatnya, itu bukan bunyi V-Twin, tuan-tuan dan puan-puan itu adalah deruman daripada Multistrada yang mendapat suntikan enjin V4!

V4 didatangkan dalam bentuk blok enjin Desmosedici Stradale 1,103cc yang menghasilkan 214 hp bagi model Panigale dan Streetfighter.

Bagaimanapun, kuasa tersebut tidak masuk akal bagi sebuah jentera ‘adventure’ sekaligus dijangka Ducati akan menurunkan kuasa tersebut ke sekitar 190hp – 32hp lebih daripada versi 1260 sedia ada.

Bila agaknya kita akan berpeluang menyaksikan Multistrada V4 ini? Menurut Visordown, kemungkinan pada 23 Oktober ini apabila Ducati mengesahkan akan mendedahkan barisan model 2020 secara atas talian menjelang EICMA di Milan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.