Program Bengkel Havoline autoPro Kukuhkan Reputasi Caltex Di Malaysia

 

Chevron Malaysia Limited yang menguruskan Caltex di Malaysia, melancarkan program bengkel Caltex Havoline autoPro di Pusat Servis Osaga, Kajang.

Menerusi program ini, reputasi Caltex sebagai peneraju industri akan terus diperkukuhkan dengan memberikan jaminan terbaik kepada pelanggan sementara program ini akan membuatkan bengkel terlibat tampak lebih profesional sekaligus membuatkan pelanggan rasa lebih selesa apatah lagi kenderaan mereka akan diservis menggunakan minyak Caltex Halvoline.

Caltex Havoline autoPro merupakan progam yang dicipta khas bagi mereka yang terlibat dalam industri automotif untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka.

Pusat Servis Osaga merupakan antara bengkel rakan kongsi pertama yang berdaftar dengan program ini.

Antara kebaikan menyertai program tersebut adalah:

  • boleh disertai oleh pelbagai bengkel tanpa mengira jumlah pelanggan
  • program komprehensif melibatkan latihan, insentif dan suntikan kewangan
  • meningkatkan imej setiap rakan kongsi

Kelayakan penyertaan berdasarkan berapa banyak produk Caltex dijual dengan rakan kongsi terbaik akan mendapat penjenamaan oleh Caltex Havoline autoPro .

Pengurus Perniagaa, AP Cluster, Chevron Lubricants, Najam Shamsuddin meluahkan rasa gembira dengan program baharu ini.

“Kami berbesar hati kerana dapat membawakan program yang mengujakan kepada rakan kongsi kami termasuk pengguna menerusi program Caltex Havoline autoPro. Minyak dan pelincir kami telah dibuktikan sebagai produk yang berjaya memenuhi jangkaan pelanggan.

“Kini kami memulakan pengembaraan baharu yang akan membantu rakan kongsi kami dalam mengukuhkan jenama mereka tanpa sebarang caj royalti.” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Servis Osaga, Yap Wai Ching turut berasa teruja dengan kerjasama ini.

” Kami bangga kerana muncul antara bengkel sulung yang menyertai program ini.  Ini juga membuktikan Caltex mempercayai kebolehan kami sebagai rakan kongsi. Program Caltex Havoline autoPro  ini juga akan memastikan pelanggan kami akan terus mendapat servis terbaik!” jelasnya.

Antara bengkel pertama yang menjalinkan kerjasama adalah Pusat Servis Kereta Kian Ann di Setapak yang telah pun menjalinkan kerjasama dengan Caltex lebih 30 tahun. Kini diterajui pemilik generasi kedua, Edmund Tan, program Caltex Havoline autoPro akan mempertingkatkan lagi pengalaman pelanggan.

“Caltex telah memberi sokongan di peringkat awal lagi menerusi ayah saya yang telah memulakan perniagaan ini pada tahun 1989.  Kami berjaya memberikan servis terbaik kepada pelanggan kami dengan bantuan Caltex,” ujarnya.

Bagi meraikan pelancaran program Caltex Havoline autoPro, promosi istimewa menanti 100 pelanggan pertama yang mendaftar dengan Pusat Servis Osaga bermula hari ini.

  • 50 pelanggan pertama yang berdaftar akan mendapat caj buruh percuma bagi servis biasa dan Techron Concentrate Plus bernilai RM100
  • 50 pelanggan berikutnya berpeluang mendapat caj buruh percuma (tukar minyak enjin bernilai RM50)

Untuk maklumat lanjut, layarai www.caltex.com/my.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply