Seorang penunggang motosikal berkongsi pengalaman hampir putus jari ketika menunggang motosikal Jalan Greenwood, Gombak, baru-baru ini.
Menurut perkongsian di akaun Facebook Mohamad Syazwan, dia berdepan detik cemas apabila ada invididu tidak bertanggungjawab telah mengikat tali merentasi jalan raya daripada simpang empat Jalan Greenwood menuju ke Lebuhraya Duke.
Mangsa turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan jarinya alami luka yang ketika cuba menolak tali – difahamkan tali tangsi – tersebut ke atas bagi mengelakkan daripada mengenai lehernya.
Rata-rata netizen menggesa agar pihak berkuasa memantau keadaan jalan raya di kawasan tersebut kerana difahamkan ini bukan kali pertama insiden seumpamanya pernah berlaku.
Diharapkan pihak berkuasa menignkatka pemantauan di semua jalan raya di Malaysia agar insiden yang tidak diingini dapat dielakkan.