Kenapa Bank Tolak RM200 Setiap Kali ‘Swipe’ Kad Di Stesen Minyak?

Bagi mereka yang sering menggunakan kad debit atau kad kredit untuk mengisi minyak di stesen minyak, pastinya perkara ini bukan benda baharu dan tidak mengejutkan.

Bagaimanapun, bagi mereka yang baru sahaja menjinakkan diri dengan langkah sedemikian pastinya ramai terkejut apabila mendapati akaun bank mereka seakan ‘kehilangan’ RM200 secara tiba-tiba.

Bagi anda yang kurang arif, RM200 yang ‘hilang’itu merupakan transaksi pra-kelulusan yang dikenakan terhadap pembayaran petrol dengan cara meleret (swipe) kad di pam minyak.

Transaksi pra-kelulusan sebanyak RM200 ini dikenakan terhadap pengguna yang menggunakan kad debit dan kad kredit.

Apakah sebenarnya transaksi pra-kelulusan?

Bank mengambil langkah untuk menolak RM200 sebagai pengesahan bahawa kad debit/kredit tersebut adalah aktif dan mempunyai baki yang mencukupi.

Jumlah RM200 tersebut ditolak terlebih dahulu sebelum pengguna mengepam minyak ke dalam kenderaan lagi.

Dalam fahaman mudah, penolakan RM200 dari akaun pengguna merupakan konsep yang diguna pakai pihak bank bagi memastikan pengguna memiliki wang tunai/kredit yang mencukupi.

Setelah selesai mengisi minyak, jumlah sebenar yang digunakan akan dihantar ke pihak bank dan baki transaksi akan kembali didebitkan ke akaun pengguna bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa di antara 3 hingga 5 hari.

Menurut Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM) jika pelanggan mahu mengelak daripada dikenakan transaksi pra-kelulusan terhadap akaun bank mereka, dinasihatkan untuk membuat pembayaran di kaunter di mana jumlah yang tepat akan ditolak bagi yang menggunakan kad debit/kredit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.