Yang Di-Pertuan Agong Hulur Bantuan Terhadap Mangsa Kemalangan

Seorang pengguna jalan raya telah terlibat dalam satu kemalangan di Putrajaya pagi tadi namun apa yang lebih mengejutkan adalah individu yang datang menghulurkan bantuan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempat memberhentikan kenderaanya untuk menawarkan pertolongan ketika dalam perjalanan menuju ke mesyuarat pra kabinet dengan Perdana Menteri.

https://www.instagram.com/p/BzJxYlin95p/

Beberapa gambar memaparkan Sultan Abdullah berdiri di tepi jalan sambil memeriksa keadaan pemandu turut dikongsikan di Instagram Istana Negara (@istana_negara).

Bagaimanapun, difahamkan pemandu tersebut, Puan Jasliza Jamil hanya mengalami kecederaan ringan.

Sebelum ini, Sultan Abdullah mencuri tumpuan apabila singgah di restoran KFC Temerloh, Pahang dan beratur seperti pelanggan lain sebelum membuat pesanan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply