BMW R 1250 GS, R 1250 GS Adventure dan F 850 GS Kini Dilancarkan!

BMW Motorrad memperkenalkan tiga model baharu yang bakal menggegar jalan raya di Malaysia ketika majlis BMW Night Fuel yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),  Sungai Besi, hari ini.

Tiga model tersebut merangkumi keluarga GS, BMW F 850 GS Adventure, R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure.

BMW F 850 GS Adventure (RM88,500)

Meskipun tidk memiliki enjin sebesar abangnya, GS 1250 namun F 850 GS tampil dengan reka bentuk yang lebih maskulin. Enjin segmen pertengahan ini turut didatangkan dengan upside-down fork dengan double-sided swingarm aluminium bagi sekaligus memastikan respon yang lebih sensitif.

BMW turut memperbaiki ergonomik bagi memastikan tunggangan yang selesa terutamanya bagi senario off-road.

BMW F 850 GS Adventure kini dilengkapi dengan enjin 853cc dua silinder in-line yang telah dinaik taraf sekaligus menjanjikan peningkatan kuasa sebanyak 95hp pada 8,250rpm dengan 92 Nm pada 6,250rpm – yang disampaikan menerusi transmisi enam-kelajuan.

Antara ciri keselamatan yang terdapat pada F 850 GS Adventure:

  • Riding Mode (Rain,Road)
  • BMW Motorrad ABS
  • Automatic Stability Control (ASC)

BMW F 850 GS Adventure turut didatangkan dengan tayar enduro street sebagai standard. Bagaimanapun, hanya empat model dibawa masuk bagi tahun ini.

BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure (RM116,500 dan RM125,500 sementara RM127,500 bagi Style HP)

Kedua-dua jentera kini telah dinaik taraf bagi memastikan pengalaman tunggangan yang lebih mantap dengan elemen bertaraf dunia yang selaras dengan imej ikonik GS.

Penguasaan off-road kini disalurkan menerusi reka bentuk serba baharu termasuk pilihan warna yang berbeza. Kini, lampu depan LED dan Day Time Riding Lights (DRL) turut didatangkan secara standard.

Bahagian powertrain kini lebih menonjol dengan pilihan warna hitam matte yang digabungkan dengan kerangka utama berwarna Agate Grey metalik matte. Kedua-dua jentera turut tampil lebih garang dengan tayar Cross-Spoke berwarna hitam.

R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure turut dilengkapi dengan sistem ekzos baharu yang menawarkan kuasa dan tork lebih optimum selaras dengan teknologi BMW ShiftCam.

Sementara itu, panel 6.5 inci berwarna TFT pelbagai fungsi turut didatangkan secara standard.

Antara ciri keselamatan lain yang terdapat pada R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure:

  • Mod tunggangan ( Rain, Road)
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • Hill Start Control
  • Electroninc Suspension Dynamic ESA

Pelanggan turut ditawarkan dengan Riding Modes Pro yang menawarkan pelbaga ciri baru antaranya:

  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • ABS Pro
  • Hill Start Control Pro
  • Dynamic Brake Assistant (DBC)

Enjin dua silinder empat strok dengan sistem penyejukan cecair turut diperhalusi dengan teknologi BMW ShiftCam bagi kedua-dua model yang menawarkan peningkatan kuasa dan tork.

Kapasiti bagi kedua-dua model turut dipertingkatkan kepada 1254cc yang kini mampu menjana 136hp pada 7,750rpm dan 143 Nm pada 6,250 rpm.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply