Memang Lain Macam Porsche Macan 2019 – Harga Dari RM455 Ribu!

Apa beza Porsche Macan dengan Porsche Cayenne? Itu antara persoalan biasa yang diajukan tiap kali Macan lalu di depan mata setelah selesai menghargai setiap bentuk yang ditonjolkan. 

Dalam fahaman mudah,  Macan merupakan adik perempuan yang jauh lebih ‘hot’, ‘raw’dan mengancam berbanding Cayenne yang ditampilkan dengan imej matang.

Jadi tidak hairanlah Macan merupakan model Porsche paling popular di Britain.

Kini model popular itu kembali di Malaysia dengan pelbagai penambahbaikan baharu yang dijamin menyuntik kepuasan terhadap pelanggan Porsche.

 

Di bahagian luar,  Macan telah alami perubahan dari aspek lampu depan yang mengintip keluar dari celah bonet yang telah direka semula dan cermin sisi yang turut diolah.

Bagaimanapun, perubahan paling ketara di bahagian luar adalah bentuk lampu belakang yang seakan diinspirasikan daripada model 911 yang baru.

Perubahan ketara berlaku di bahagian dalam dengan corong air-con kini lebih rendah bagi menempatkan paparan sentuh LCD 10 inci.

Namun,  bahagian lain Macan mendapat suntikan Cayenne.

Macan turut didatangkan dengan enjin serba baharu, 2.0 liter turbocharged empat silinder yang mampu menjana 252hp dan 370Nm yang disalurkan melalui transmisi tujuh kelajuan PDK dual klac.

Meskipun dikategorikan sebagai SUV kompak namun Macan 2019 mampu mencatat kelajuan maksima 225km/j.

Porsche Macan kini boleh didapati di pusat pameran Porsche dengan harga bermula dari RM455,000 termasuk waranti empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

Perlu diingatkan,  Porsche tidak lagi menyambung model diesel bagi edisi kali ini.

Dalam perkembangan lain,  Porsche akan membuka pusat baharu di Ara Damansara dalam suku ketiga tahun ini.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply