Mercedes A250 AMG: Sesi Pandu Uji Bertukar Ke Sesi Uji Kesabaran

Ramai yang teruja ketika Mercedes-Benz melancarkan model A Class, A250 AMG 2019 hujung tahun lalu.

Manakan tidak, model A250 berjaya mendapat tempat di hati pembeli berkemampuan di Malaysia hasil daripada kejayaan Mercedes mereka jentera empat roda yang memiliki reka bentuk menarik.

Jadi tidak hairanlah setiap kali Mercedes melancarkan model baharu, ramai yang ternanti-nanti apakah tawaran baharu bagi model ini.

Model A Class julung kalinya dilancarkan pada 1997 sebelum generasi keempat menembusi pasaran pada tahun lalu.

Pasaran kereta mengalami pelbagai perubahan dalam tempoh 20 tahun ini tetapi A-Class tidak pernah gagal dalam bergerak seiring dengan arus peredaran zaman.

Lebih-lebih lagi, model baharu ini disuntik dengan pelbagai ciri mewah yang sebelum ini hanya boleh didapati pada model premium, S-Class.

Antara paling mencuri tumpuan, sistem navigasi canggih, paparan skrin 10.25 inchi, lampu depan LED High Performance, ekzos berkembar, tayar aloi 18 inci dan sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Selain itu, rekaan corong berilhamkan ‘turbine’ turut memantapkan rekaan keseluruhan A250 AMG.

 

Tampak kecil berbanding model Mercedes lain namun A250 dilengkapi enjin 2.0 liter yang mampu menghasilkan 224hp pada 5,500rpm. Ia juga mampu mencapai kelajuan 100km/j di bawah 6.2 saat!

Walaupun maklumat ini semua menampakkan Mercedes A250 AMG tampak lebih gah namun tumpuan kami lebih terarah kepada sistem kawalan suara Linguatronic yang julung kalinya didatangkan pada model kali ini.

Dengan hanya menyebut ‘Hey Mercedes’, pengeluar Jerman itu mendakwa pemandu boleh mengawal pelbagai fungsi di dalam kereta antaranya suhu penyejuk, radio dan sistem navigasi kenderaan. Bukan itu sahaja, sistem Linguatronic itu turut dikatakan mampu memahami penggunaan bahasa pasar!

Berasa sedikit skpetikal, kami alami sendiri sistem kawalan suara yang canggih ini.

Sama ada kami pelat berbahasa Inggeris atau dakwaan Mercedes itu kurang tepat apa pun kami berjaya juga untuk memberi arahan suara – walaupun tiada di dalam video di atas.

Secara keseluruhan, prestasi Mercedes A250 AMG sememangnya tidak mengecewakan dan berjaya menanda semua ‘checklist’ yang kami letakkan. Tambahan pula dengan harga RM263,888, ini mungkin model Mercedes yang paling berbaloi untuk dibeli.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply