Lexus Terima Tempahan Awal Bagi NX300 – Harga Dari RM313,888

Lexus Malaysia mula menerima tempahan awal bagi model Lexus NX300 2019, sebuah SUV mewah urban dan paling selamat dalam kelasnya.

Rata-rata pelanggan berasa kagum dengan ketelitian yang telah dicurahkan terhadap pembinaan NX300. Model 2019 ini didatangkan dengan ciri keselamatan paling canggih – Lexus Safety System+ (LSS+) – sekaligus menjadikan model ini selangkah di hadapan berbanding model lain dalam kelasnya.

Lexus menawarkan tiga varian bagi NX300 – NX300 Premium, NX300 Urban dan NX300 F-Sport – dengan kesemuanya telah dinaik taraf dengan kelengkapan dan reka bentuk terkini. Lebih menarik, pembuatan model ini dibangunkan berdasarkan konsep ‘Premium Urban Sport Gear’.

LSS+ merupakan ciri yang paling penting bagi model NX. Berfungsi bukan sahaja sebagai pencegah kemalangan malah, LSS+ turut mampu mengurangkan kecederaan yang dialami pemandu dan penumpang sekiranya berlaku perlanggaran.

Antara ciri lain yang terdapat pada varian NX300:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Bantuan Pengesan Lorong (LTA)
  • Amaran Pertukaran Lorong (LDA)
  • Bantuan Brek Pra-Perlanggaran
  • Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Belokan Aktif (ACA)
  • Amaran Sokongan Parkir
  • Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS)

Bagi memastikan keselesaan pemanduan, Lexus telah bekerjasama dengan pengeluar motosikal Jepun, Yamaha dalam menghasilkan penyerap hentakan yang mampu mengurangkan gegaran.

Terdapat tujuh pilihan warna ditawarkan antaranya, Blazing Carnelian, Amber CS, Sonic Titanium, Sonic Quartz, Graphite Black GF, Red MC CS dan Sparkling Meteor ME sementara varian F-Sport didatangkan dengan warna pilihan Heat Blue CL dan Lava Orange CS.

Rujuk senarai harga di bawah:

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply